Wednesday, September 9, 2009

SALAH SIAPA?

Ramai antara kita tidak percaya bahawasanya menjadi manusia yang dipuja bukannya senang.Makna saya menjadi tok sami/tok raja.Anda lihatlah macam mana masyarakat pandang tok sami.Walaupun berjasa dari umur belasan hingga 70an,ramai masih was-was.Mereka belum percaya lagi,semua kewangan dijaga oleh persatuan yang ditabalkan.Bagi,mereka tok sami mesti ikut 227 vinai yang diwajibkan.Di sini saya maksud tok sami siam sahaja.Kenapa pula tok sami siam sahaja? Kan, banyak lagi negara yang menganut agama buddha.Tetapi,vinai tidak sama walaupun tok sami agama sama.Misalnya,tok sami siam cukur bulu kening,tok sami myanmar tidak cukur pula.
Ramai tak di antara kita yang tahu?Setiap pergerakan tok sami di perhati oleh masyarakat?Kadang-kadang,hendak membuang air besar pun kena berdisiplin,hendak lari tidak boleh nanti di kata tidak ada vinai pula.Apa lagi hal lain-lain yang sebenarnya remeh-temeh,tetapi dibesar-besarkan hingga menjadi tok sami makin susah.Ramai anak-anak muda tidak minat,sebab vinainya yang terlalu ketat.Mesti patut semua tidak kira di mana berada bandar atau pun desa.Bukannya senang seperti yang kita kata.Sepertimana masyarakat inginkan itu,mengapa tidak.
Dalam sebuah kampung banyak penghuninya,ada pula ketua-ketuanya.Tok sami terpaksa mengikut ketua-ketua ini,kalau tidak tidak dapat tinggal dalam sesebuah wat.Memang,wat sudah diserah kepada tok sami ,tetapi realiti masih kepunyaan masyarakat kampung lagi.Buah durian jatuh sebiji pun kena simpan untuk ketua-ketua kampung yang menjadi boss.Tahu tidak anda.Bukan semua kampung hal ini berlaku tetapi ada kampung mengamalkan undang-undang ini.
Tok sami terpaksa mengikut kehendak ketua-ketua kampung.misalnya,pesta loykrathong,tok sami kata kita adakan perarakan dan ceramah dhamma.Jika ketua-ketua kampung tidak suka macam mana?Ketua-ketua kampung lebih minat pesta tunjuk aurat dan mabuk-mabuk.Kalau tok sami tidak mengikut macam mana.Memang akan berlaku hal-hal yang tidak diingini pula.oleh kerana tidak mahu memanjang hal,tok sami ikut kehendak ketua-ketua kampung.Jadi,tok sami pun ada orang lain yang berkuasa dalam wat,walaupun tok sami menjadi ketua(chau award).
Kadang-kadang hendak pindah ke tempat lain pun tidak elok pula.Ketua-ketua kampung ini akan mereka-reka hal lain pula.Busukan nama tok sami pula.Anda tahu atau tidak?Anak-anak ketua kampung mencuri duit di wat pun.tok sami pun diam juga.Tidak mahu menggangu anak-anak ketua tersebut,parah nanti!
Setakat yang saya tahu ini dulu..lain kali akan kembangkan hal-hal yang tidak sekadar idea sahaja,kritikan sahaja,tetapi untuk kita amalkan jauhkan dari bencana marah,tamak dan sesat. sadhu,sadhu,sadhu!

Sunday, September 6, 2009

Arah Mana?

Terkadang-kadang terlintas di pemikiran saya,tentang orang siam di malaysia.Dimana sahaja mereka suka mengumpat orang itu ini.Tetapi mereka tidak mencari jalan untuk diri mereka sendiri.Yakni,jalan untuk mereka mengurangkan masalah sendiri mereka.Antara terlupa tentang diri sendiri,suka tengok kain orang lain koyak.Siapa mereka ini,?Tak perlu di masukkan dalam ini,pasti kenal diri sendiri baik-baik.Misalnya,tentang lupa diri...saya pernah dengar di zaman dulu wat kampung siam.Wat yang terletak bandar kuala lumpur,dulu ramai orang tumpang dekat sana.Makan dan minum semuanya dekat saya,tidak perlu kira pasal tidur dan beras-beras wat.Sekitar wat pun ada yang ambik beras wat juga.
Mereka yang sekitar pun ambik beras wat,yang dalam wat tumpang makan beras wat juga.Zaman ber zaman ,masa demi masa puak ni,sudah dapat membina hidup sendiri,makan free,tidur free dan beras free.Kemudian dah kaya pun ada,yang dapat pangkat tinggi pun ada.Ini hal orang siam,bila dah besar mula nak complain orang lain pula.Lupa tempat tumpang makan minum dulu.Mereka-mereka dah mula kacau sami pula,banyak hal dibuat oleh mereka....tidak pakai perkataan yang menjijikkan,jadi sami telah pindah.sami lain datang mereka control pula.Cukup keras report polis pun ada.siam apa ini,?